1) ORIGINAL
Beg tangan original ni biasanya dikeluarkan oleh pengeluar jenama tersebut, dan ianya adalah 100% asli dan memang tahan lama. Kualiti memang tidak dapat disangkal lagi contohnya macam Gucci, Prada, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Harga untuk beg tangan berjenama yang original boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Biasa lah ori kannn... paling murah yang sis pernah tengok pon jenama PRADA, dalam 9k lebih.. yang lain jangan ditanya la... ;)
2) REPLICA / GRED 1:1
Kalau beg tangan kualiti ini bermaksud ianya rendah sedikit sahaja dari yang original. Biasanya direka sebiji 100% macam yang original dan mempunyai kualiti yang tinggi juga. Harga untuk kualiti sebegini juga pon boleh tahan, ianya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit tetapi tidak lah sampi puluh-puluh ribu macam yang ori..
3) GRED AAA
Beg tangan Gred 3A ini biasanya menjadi pilihan ramai untuk digayakan, kerana harnya yang sangat berpatutan dan kualitinya yang sangat baik(tapi tak sebaik original la). Biasanya beg tangan yang ada gred 3A ni hanya beg-beg yang berjenama sahaja, yang kalau beli original harga dia sampai 30k hehehee... so, untuk membuatkan semua orang dapat menggayakan jenama beg-beg ini, maka keluarlah gred 3A atau replica. Harga biasanya mmpu milik antara 150.00 ke 300.00.. jangan bandingkan dengan beg original jenama seperti Carlo Rino, Alain Delon atau sewaktu dengan nya, jenama2 ini klu ori pon harga juz 100-300 ja.. coz jenama ini jenama yang biasa2 sahaja.. ;) ermmm...
4) GRED AA
Beg tangan gred 2A secara asas kualitinya lebih renda dari gred 3A. Ada juga jenama beg tangan yang walaupun gred 3A, sudah membuatkan kit berpeluh bila dengar harganya contoh seperti jenama LV (Louis Vuitton), klu gred 3A sahaja harganya dah mencecah 1-2k hehehe... maka gred 2A pun dicipta untuk membuatkan semua orang dapat menggayakan jenama beg ini... tapi kualitinya tidak sama lah macam yang original atau 3A. ;)
5) GRED A
Kualiti beg angan 1A ini biasanya kita boleh dapat di pasar-pasar malam dekat dengan tempat tinggal kita. Biasanya kualitinya tidaklah begitu baik, tapi masih jugak boleh digayakan bagi yang mempunyai bajet yang terhad. Ketahanan beg kualiti jenis ini mungkin agak kurang..
6) FESYEN BAG
Fesyen bag biasanya boleh didapati dikedai-kedai biasa atau di pasar malam. Pelbagai jenis bentuk dan design yang terdapat denga harga yang berpatutan dan banyak kalernya.. ;) beg2 seperti ini juga kadang2 cantik jika pandai digayakan dan bagi yang tak ambil kisah sangat dengan jenama... ;)
Selain dari yang kat atas, ada juga sesetengah handbag dibuat dengan gred 5A atau 3A+ bergantung pada jenama atau sesuatu brand beg trsebut .. ;)
Disini saya ada menjual handbags Gred AAA,AA,REPLICA/1:1 dan fashion bag...dengan harga yang murah...harga kasih sayang untuk anda semua....
No comments:
Post a Comment